Pages

Monday, February 14, 2011

Perkongsian Pandangan: 12 Februari 2011 oleh Sharizul Razli Seth

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah  Maha Pemurah Maha Penyayang
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kesejahteraan untuk kamu dengan limpah rahmat Allah dan berkat kuniaan-Nya

MUSLIM MU’KMIN dan Umat Manusia,

Apalah ada pada bangsa:
Melayu? Cina? India? Asia? Rusia? Afrika? Amerika? Eropah?

Sejarah yang dicatatkan manusia berkaitan perihal bangsa ialah:
Bangsa sentiasa mementingkan Hak Bangsanya.
Majoriti Paradigma Bangsa sentiasa Primitif.
Bangsa hanya melaksanakan ritual beragama dalam kepompong bangsa.
Bangsa sentiasa mewujudkan kabilah dan puak yang terdiri daripada golongan bangsawan.

Dengan izin ALLAH,
MUSLIM MU’KMIN dan Umat Manusia,
Adakah kita ingin kehidupan yang harmoni?
Adakah kita ingin melihat kekayaan dirai sesama manusia?
Adakah kita ingin menikmati kebebasan sahsiah hidup?

MUSLIM MU’KMIN dan Umat Manusia,
Tiada Tuhan Melainkan ALLAH

Dengan izin ALLAH,
Umat Manusia,

Kehidupan di Dunia adalah milik ALLAH.
Dunia merupakan segala perlakuan dan kegiatan ciptaan ALLAH di langit dan di bumi. Perlakuan dan kegiatan di langit dan di bumi telah ditetapkan oleh ALLAH. Manusia adalah Pegawai Tadbir (Khalifah) di bumi yang dicipta-tadbirkan ALLAH. Manusia dikurniakan Aqal untuk berFikir dan Tubuh untuk berUsaha.
Kehidupan di Akhirat adalah milik ALLAH.
Akhirat merupakan kehidupan yang kekal abadi. Kehidupan yang bahagia di Akhirat adalah hasil daripada kepatuhan terhadap Perintah ALLAH semasa hidup di Dunia. Kehidupan yang sengsara di Akhirat adalah hasil daripada keingkaran terhadap Perintah ALLAH semasa hidup di Dunia.

MUSLIM MU’KMIN dan Umat Manusia,
Fitrah Manusia dicipta-tadbirkan ALLAH.

Apabila kita menyua Fikir dan Usaha melalui pandangan dan tindakan:
  • Sokongan Membina keluarga, rakan, masyarakat, umat manusia adalah diperlukan.
  • Pandangan penambahbaikan adalah dialu-alukan.
Apabila terdapat pandangan dan tindakan bukan daripada Fikir dan Usaha kita:
  • Sokongan Membina daripada sesama kita wajar dinyatakan.
  • Pandangan penambahbaikan adalah diperlukan.

Dengan izin ALLAH,
Kejayaan sentiasa hadir walaupun terdapat kesalahan dan kezaliman yang berlaku setelah pandangan dan tindakan disuakan setelah:
  • Kita segera bersatu menyua penambahbaikan Fikir dan Usaha dengan memberikan pandangan dan tindakan.
  • Kita hindari sifat Hasad Nista; keRedhoan ALLAH pasti wujud.
  • Kita jauhi ucapkata kejian, hasutan, kritikan; perTolongan ALLAH pasti sampai.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
(60) Al-Mumtahina: Ayat 13

Dengan izin ALLAH,
Fikir dan Usaha dalam perhubungan sesama manusia adalah Ikhtilaf.
  • Kita bersatu semasa berikhtilaf sesama manusia, kita sentiasa harmoni.
  • Ikhtilaf MUSLIM MU'KMIN mesti sentiasa dirahsiakan daripada Orang Kafir, Orang Fasik, Orang Nifak, Orang Syirik.

Dengan izin ALLAH, Hamba ALLAH yang Ikhlas, godaan Syaitan akan gagal.
Syaitan merupakan musuh utama:
  • Syaitan telah diberikan kelonggaran kehidupan untuk memperdaya semua Hamba ALLAH.
  • Syaitan sentiasa bersama Golongan Kafir, Nifak, Syirik, Fasik. Mereka ini sentiasa ingin Hamba ALLAH yang MUSLIM MU'KMIN mengikuti kehidupan yang dipengarui Riya’k, Ujub, Kufur, Nifak, Syirik, Fasik.

MUSLIM MU’KMIN di Malaysia,
Marilah kita bersatu memHAPUSkan Komponen Siasah Barisan Nasional.
MUSLIM MU’KMIN di Malaysia,
Marilah kita bersatu mengHAPUSkan Komponen Siasah Pakatan Rakyat.

MUSLIM MU’KMIN,
Dengan izin ALLAH,
Kemajuan DUNIA dan Kejayaan AKHIRAT boleh dikecapi bersama:
  • Kita bersatu menyeru semua Umat Manusia kalimah “Tiada Tuhan Melainkan ALLAH”.
  • Kita bersatu menyampaikan konsep sahsiah hidup berpandukan AL-QURAN (Perintah Suruhan ALLAH, Perintah Larangan ALLAH).
  • Kita bersatu dalam meneruskan sahsiah hidup dengan mencontohi Sunnah (Keperibadian Tingkah Bicara Laku Nabi Muhammad Rasulullah PBUH).
  • Kita saling menasihati kebenaran dan kesabaran secara ISLAMIMANIHSAN.
  • Kita saling mengingati diri “Kita adalah Hamba ALLAH. Penerimaan dan kefahaman manusia terhadap sesuatu adalah Haq ALLAH. Kita dikurniakan Aqal untuk Fikir dan Tubuh untuk Usaha, Hasil Fikir dan Usaha kita adalah ketentuan ALLAH.”
  • Kita saling mengajak diri Fikir dan Usaha keBaikan, keTaqwaan, keAdilan, keISLAMan, keIMANan, keIHSANan, keMakmuran.
  • Kita saling mencegah Fikir dan Usaha diri terhadap keMungkaran, keJahilan, keJahatan, keKufuran, keSyirikan, keFasikan, keNifakan.

No comments:

Post a Comment