Pages

Tuesday, February 15, 2011

PAS Perak ucap takziah


diambil dari :Harakahdaily   
LUMUT, 15 Feb: PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Zakaria Yasin, 51,
Pengarah Majlis Tindakan Dun Pasir Panjang di atas pemergiannya kerahmatullah awal pagi tadi.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan PAS 
Kawasan Lumut dan Pengerusi bersama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Lumut.
Beliau telah meninggal dunia jam 1.00 pagi tadi dalam perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit dada.
Jenazah beliau disembahyangkan di Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung jam 10.00 pagi tadi dan 
disemadikan di kampung Relau Batu Kurau.
“Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak,” kata Pesuruhjaya PAS 
negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain.
Katanya, PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan 
besar tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup 
di atas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah Allah SWT.
“Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment