Pages

Monday, February 21, 2011

petai oh petai

Khasiat Petai

Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun campuran dalam masakan lain seperti sambal tumis udang atau bilis dan sebagainya, membuatkan peminat-peminat petai berasa lapar. Entah kenapa perut dengan tiba-tiba berasa kosong, lalu segera mencapai pinggan dan mencedok nasi untuk menjamu selera. Kesedapan petai membuatkan orang tidak mempedulikan kesan sampingannya.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut tak best itu, petai mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi.

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung. Penulis masih ingat ketika zaman kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan gemar makan petai belalang (dimakan secara mentah). Maklumlah, dasar kampungan, kalau tidak buah-buah kayu yang lain, petai belalanglah yang kami baham. Zaman sekarang ni kanak-kanak banyak makan “snek” yang buat di kilang-kilang. Aktiviti pun sangat berbeza, kanak-kanak sekarang main Playstation dan game komputer. Zaman penulis & da-gang dahulu, kami panjat sana, panjat sini, masuk hutan, mandi tali air, tangkap ikan di bendang dan macam-macam. Woops! Maaf, sedikit terkeluar dari topik.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-petai.html#ixzz1EeWbfF00

ayat kursi

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

khasiat kurma

Pada Bulan Ramadhan, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat… Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis tumbuhan palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.
Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, “Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin. Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
http://rosyidi.com
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran
Sumber: http://hasbiedaud.wordpress.com

Saturday, February 19, 2011

Mencari Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah  yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Punca Pencemaran Udara

  1. PENDAHULUAN 
Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.


2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.  


3. KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.


4. PENJANAAN KUASA 
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.


5. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.


6. PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. 

Kesan Pencemaran Yang Memudaratkan

                   Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain. Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang .

                    Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .

           Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara . Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan ounca kesan rumah hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan punca yang lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal .

             Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah tentu terganggu .

       Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan pencemar di udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-penyakit peparu seperti barah .

MAHASISWA MENDEPANI CABARAN HAK ASASI MANUSIA

Mahasiswa menurut konotasi umum yang tergambar pada pandangan masyarakat lebih besar maknanya dari apa yang dijelaskan di dalam Kamus Dewan iaitu mahasiswa adalah pelajar ( penuntut ) di universiti.[8] Mahasiswa menurut masyarakat adalah agen perubah, pembela nasib dan penyelamat mereka.
Takrifan ini bukan diada-adakan. Sejarah membuktikan mahasiswa adalah sedemikian. Mari kita soroti bersama perjuangan mahasiswa yang peka terhadap isu-isu semasa yang menjadikan rakyat sebagai mangsa. Antaranya :-
- 3 Disember 1974 : Demonstrasi paling besar melibatkan kesatuan mahasiswa seluruh negara diadakan rentetan isu kelaparan, kemiskinan, penyelewengan dan lain-lain.
- Tahun 1995 : Penubuhan Gabungan Bertindak Mahasiswa Membela Rakyat, UM (GABMRUM) . GABMRUM telah mengeluarkan memorandum bantahan terhadap tindakan pencerobohan rumah penduduk-penduduk di Kampung Taman Aman, Petaling Jaya dan mendesak kerajaan supaya menimbangkan semula cadangan pembinaan landasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan tersebut yang memaksa penduduk berpindah ke kawasan lain.
            Mahasiswa juga bangkit menyuarakan pandangan mereka dalam isu-isu antarabangsa sebagai contoh :-
- Tahun 1966 : Pembantahan pengeboman Hanoi – Hanpong oleh Amerika Syarikat. Seterusnya perarakan menentang sikap Filipina menuntut Sabah dan mengutuk dasar penaklukan Rusia ke atas Czehoslovakia.
- Tahun 18 Ogos 1992 : Satu perhimpunan secara aman diadakan di medan letak kereta Fakulti Sains UM bagi membantah keganasan Serbia ke atas rakyat Bosnia di samping mendesak PBB melindungi umat Islam di negara tersebut.
- Tahun 1997 : Mahasiswa bangkit mengecam keputusan kerajaan menjemput Yahudi menyertai pertandingan kriket antarabangsa di negara kita.
Secara ringkasnya, berikut beberapa sorotan perjuangan mahasiswa dalam mendepani isu semasa[9]. Namun gah mahasiswa sebagaimana yang diwar-warkan ini semakin lama semakin goyah lantaran ditekan dengan pelbagai faktor antaranya politik semasa Malaysia, ledakan hiburan dan kelemahan peribadi mahasiswa.
Hasil satu wawancara yang pernah dijalankan terhadap pimpinan mahasiswa di Malaysia, seorang pemimpin mahasiswa[10] pernah menyatakan :-
            “.... gerakan mahasiswa perlu didefinisikan. Pada saya semua mahasiswa ‘bergerak’. Cuma yang membezakan pergerakan itu adalah ‘area of concern’ dan ‘area of influence’. Ada ‘push and pull factor’. Cabaran yang terbesar ialah sikap “tak kisah”. Sikap ini menular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kalangan mahasiswa UK. Tuntutan akademik tak wajar menjadi alasan untuk kita “tak kisah”. Bila timbul isu hiburan, misalnya, kita selalu “kisah”.
            Begitu juga dalam satu wawancara, seorang wartawan bertanya kepada Prof Dr Atan Long berhubung tujuan seorang pelajar belajar, beliau menjelaskan :
            “ .. membina perkembangan diri seorang individu supaya dia menjadi manusia yang mantap untuk bukan sahaja bagi faedah dirinya, malahan kepada masyarakat. Menjadi manusia mantap ini termasuklah dari segi fizikal, mental, kerohanian dan akademik.”[11]
            Ringkasnya, mahasiswa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Hubungan antara keduanya dijalinkan dengan isu-isu yang melanda saban waktu. Semakin banyak isu, semakin dekat mahasiswa dengan masyarakat. Namun, jika mahasiswa menyepikan diri dari membicarakan isu-isu ini, mahasiswa hanya akan tinggal nama sahaja !

Mahasiswa Menurut Al-Qur’an dan as-Sunnah
            Di dalam al-Qur’an persoalan mahasiswa adalah persoalan penting. Ini kerana mahasiswa di dalam al-Qur’an digolongkan sebagai golongan yang menuntut ilmu. Lantaran itu, di dalam membincangkan persoalan jihad dan perjuangan Islam, al-Qur’an turut menekankan peranan dan tanggungjawab mahasiswa. Firman Allah yang bermaksud[12] :-
Yang bermaksud : ” Dan tidaklah ( betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) ”.
            Imam al-Qurtubi[13] di dalam kitab tafsirnya[14] menyatakan bahawa ayat ini menegaskan tentang kewajiban menuntut ilmu di samping menunjukkan ketinggian martabat golongan yang menuntut ilmu.
            Selain itu, ayat ini juga sebenarnya telah meletakkan dengan jelas bentuk menuntut ilmu yang disarankan oleh Islam dengan kalimah ‘tafaqquh’. Imam Jamaluddin al-Qasimi di dalam kitab tafsirnya menjelaskan makna tafaqquh sebagai : “ Ilmu yang berbekas di hati, bersebati pada jiwanya dan tertera kesannya pada tingkah laku, sehingga tidak mungkin bagi yang memilikinya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ilmu tersebut. Jika tidak, maka sudah tentu dia tidak dianggap berilmu”.[15]
            Ayat ini juga sebenarnya menggariskan tanggungjawab yang tergalas di bahu penuntut ilmu atau mahasiswa. Mahasiswa perlu menjalankan 3 tanggungjawab berikut :-
1.     Menyediakan diri untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baik persiapan
2.     Menuntut ilmu dengan mendalam dan beramal dengannya ( tafaqquh )
3.     Memberi peringatan ( al-Inzar ) kepada masyarakat
4.     Optimis dan berkeyakinan dengan usaha yang dilakukan tersebut
Justeru, kita dapati Islam meletakkan definisi yang lebih luas bagi golongan mahasiswa dan peranannya. Mahasiswa mengikut definisi Islam tidak bermakna sekiranya mereka tidak beramal. Apabila mahasiswa beramal dengan ilmunya, maka semua aspek yang berlegar di sekelilingnya akan dilihat menurut neraca ilmu. Sebeginilah sepatutnya mahasiswa mendepani sesuatu isu.

Isu Semasa dalam Konteks Mahasiswa
            Isu semasa yang ingin dibincangkan oleh mahasiswa bukanlah isu-isu yang disensasikan, isu-isu yang tertera di dada akhbar, terpampang di kaca televisyen atau berkumandang di corong radio malah bukan juga isu politik semata. Bahkan, mahasiswa membincangkan semua isu sekelilingnya tanpa mengambil kira aspek bangsa, agama, sempadan geografi, politik antarabangsa dan seumpamanya. Mahasiswa menjadikan kebenaran sebagai kayu ukur sesuatu isu. Inilah faktor yang menjadikan gerakan mahasiswa sesuatu yang digeruni para diktator, watak protagonis universal di dunia ini.
            Sikap mahasiswa dalam mendepani isu semasa apabila berlandaskan kepada kebenaran akan menjadikan sesuatu gerakan mahasiswa kuat dan mapan. Mahasiswa tidak perlukan kepada faktor wang atau kuasa untuk menjadikan rakyat mengikutnya, mahasiswa cuma perlu bersuara dan berjuang dalam sesuatu isu; dan rakyat akan mendokong perjuangan mereka. Gerakan mahasiswa yang berani mengutarakan sesuatu isu dengan bersandarkan kepada kebenaran akan memberi impak yang positif pada pecinta kebenaran, dan akan memberi trauma buat mereka yang bencikan kebenaran.
Keterlibatan mahasiswa dalam mendepani isu-isu semasa adalah satu usaha mencurah bakti kepada masyarakat. Mahasiswa rela dimanfaatkan untuk kebaikan serta keadilan. Mahasiswa tidak mahu maruah dan kesucian agama, bangsa dan negara dicemari sedang rakyat menjadi mangsa. Ilmu yang dipelajari di universiti bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi sebenarnya untuk mempertahankan keadilan rakyat dan negara.

Kenapa Mahasiswa Perlu Dilibatkan
            Suara mahasiswa pada pandangan awam bukan seperti bicara ahli politik atau ulasan-ulasan akhbar. Mahasiswa tidak mempunyai kepentingan politik atau dijanjikan imbuhan oleh mana-mana pihak. Mahasiswa bersuara dalam keadaan jiwa yang bersih dan tidak dicemari dengan virus-virus pemikiran yang ditabur Iblis apabila manusia tenggelam dalam kekayaan dan kekuasaan. Justeru, gerakan mahasiswa adalah gerakan yang paling ideal dalam memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan dan kebenaran.
            Mahasiswa sebenarnya memikul tanggungjawab memimpin orang ramai malah sehingga tahap membangunkan bangsa dan negara. Cuba kita renungi, kenapa dalam mengejar pembangunan di mana-mana negara, di samping mereka meningkatkan kemodenan, mereka juga terpaksa memantapkan dan menyediakan lebih banyak pusat pengajian tinggi. Jika tiada golongan mahasiswa yang mengisi kemodenan dan menjayakannya, akhirnya kemodenan tersebut akan dinikmati oleh pihak luar.
            Sekiranya sebuah universiti berjaya menghasilkan seorang mahasiswa yang cemerlang, sebenarnya universiti tersebut telah menyumbang kepada kemajuan sebuah kampung sekurang-kurangnya . Kenapa ? Kita andaikan bahawa apabila mahasiswa tersebut pulang, dia akan berbakti di kampungnya. Maka semua ilmu, kefahaman dan kepakarannya akan dicurahkan kepada masyarakat kampungnya. Namun, jika mereka membawa kefahaman yang salah dan menyeleweng, maka seluruh masyarakat kampungnya juga akan menyeleweng.
Sekarang, jika dihitung jumlah mahasiswa Malaysia di Timur Tengah ( Mesir, Arab Saudi, Yaman , Jordan, Syria , Sudan ) boleh dikatakan menjangkau 10 ribu orang. Jika setiap mahasiswa ini memikul tanggungjawab dan amanah menyampaikan dakwah serta menyebarkan ilmu kepada 100 orang, kita akan dapat menghasilkan hampir  1 juta rakyat Malaysia yang berilmu. Jika jumlah yang sama mampu berdakwah kepada 10 non-Muslim setiap seorang di Malaysia , kita telah berjaya menyebarkan dakwah dan kebenaran Islam kepada 1 juta orang.  Bagaimana jika kita mampu membukukan ilmu tersebut atau menyebarkannya dengan lebih efisien, sudah tentu bilangan tersebut akan meningkat lagi.
Ringkasnya, mahasiswa  merupakan kelompok yang tidak mempunyai kepentingan dan hanya berjuang untuk keadilan dan masa depan negara tercinta secara keseluruhannya. Oleh itu mahasiswa berhak memberikan komen terhadap situasi yang berlaku mahasiswa adalah satu golongan  yang prihatin terhadap perkembangan semasa. Mahasiswa ialah kelompok terpelajar dan merupakan suara nurani rakyat. Menafikan hak mahasiswa bererti menafikan hak rakyat.
Saudara Helman b Sanuddin[16], seorang aktivis mahasiswa menyatakan dalam satu wawancara : “ .. harus diingat bahawa gerakkan mahasiswa bukan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan. Mahasiswa bukan agen anarki. Mahasiswa hanyalah speaker hati rakyat. Dasar – dasar kerajaan yang baik harus disokong, idea – idea buruk dari pembangkang harus ditegur dan begitulah sebaliknya. Mahasiswa perlu berdiri ditengah – tengah dan memegang belati kebenaran, antara keduanya, jika ada yang tersasar dan menyusahkan rakyat maka belati mahasiswalah yang akan mengajarkan mereka erti sebuah perjuangan. Sebagai golongan terpelajar yang tidak mempunyai kepentingan peribadi, rakyat kebiasaannya mudah mempercayai semangat juang mahasiswa berbanding parti politik dan rakyat menjadikan mahasiswa sebagai ikon perjuangan massa dalam membangkitkan perjuangan rakyat seperti yang berlaku dalam peristiwa Revolusi Iran, Kebangkitan Taliban dan sebagainya. Justeru itu, peranan mahasiswa tidak boleh dipandang remeh, Mahasiswalah yang menjadi suara yang menyemarakan revolusi perjuangan rakyat.”

Beberapa Salah faham di Kalangan Mahasiswa
Antara salah faham yang berlaku di kalangan mahasiswa sehingga menyebabkannya bersikap ‘tidak peduli’ terhadap isu-isu semasa yang berlegar di sekelilingnya adalah akibat beberapa faktor berikut :-
1.     Mahasiswa berada di zon selesa
Mahasiswa Timur Tengah kadangkala ketinggalan dengan isu-isu dalam negara meletakkan alasan mereka jauh dari negara. Namun sebenarnya ini adalah alasan yang tidak munasabah terutamanya dalam zaman IT seperti sekarang. Hakikatnya mereka meletakkan diri mereka di dalam zon selesa atau dalam kata lain mementingkan diri sendiri. Bahkan lebih menyedihkan apabila perkara ini dilakukan mahasiswa dalam suasana pengajian. Mereka lebih berminat menghabiskan masa di depan kaca TV berbanding bermasyarakat dengan komuniti mahasiswa. Kadangkala mereka menyepikan diri dari dunia persatuan walaupun untuk kerja-kerja kebajikan, dengan alasan persatuan melekakan dan merugikan belajar. Namun apa yang dikesali, mereka boleh pula mengisi masa dengan berhibur.

2. Tenggelam dengan hiburan
Hiburan kini umpama barah atau wabak yang boleh menyerang sesiapa. Lebih parah lagi jika yang diserang itu adalah golongan agamawan. Apabila mahasiswa leka dengan hiburan, musnahlah harapan ummah. Hiburan sebenarnya menutup mahasiswa dari berfikir secara waras, matang dan rasional. Hiburan menjadikan mahasiswa memandang isu-isu semasa hanyalah perkara normal, yang akan berlalu dan berputar mengikut edaran zaman, tanpa menyedari isu-isu itu juga sebenarnya akan mencorakkan diri dan keperibadiannya.

3. Sistem pendidikan yang tidak membantu
Tidak dinafikan sistem pengajian kini lebih maju dibandingkan dengan ratusan tahun dahulu. Namun peliknya mengapa kita masih gagal melahirkan ulamak sehebat ulamak dahulu seangkan institusinya masih sama. Ringkasnya, sistem pendidikan kita kini telah mengalami perubahan yang merugikan. Kita didoktrinkan untuk belajar kerana sijil, malah ditawarkan dengan pekerjaan yang membolehkan kita tidak beramal dengan ilmu dan pelbagai kepincangan lagi. Malah kadangkala manhaj di universiti bertentangan dengan prinsip Islam. Keadaan ini sebenarnya memaksa kita mahasiswa keluar dari budaya ‘disuap’. Kita sewajarnya berdikari dan rasa bertanggungjawab untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu walaupun tidak dimasukkan dalam silibus pengajian universiti. Ilmu-ilmu tambahan inilah biasanya lebih banyak membantu kita mendepani isu semasa.

Muhasabah Buat Mahasiswa – Polemik Keilmuan
            Mahasiswa Timur Tengah perlu melakukan beberapa koreksi demi memastikan masyarakat Islam di Malaysia tidak berpecah atau hilang panduan menghayati kebenaran dan keindahan Islam disebabkan kesilapan dan kelemahan kita. Martabat mahasiswa Timur Tengah pada mata masyarakat masih baik namun sudah ada bibit-bibit yang menyebabkan masyarakat hilang percaya. Ini berlaku akibat hilangnya sikap amanah ilmu, tidak berlapang dada, kurang bijak memahami waqi’e setempat dan gagal meletakkan ‘Aulawiyyat dalam berdakwah di kalangan masyarakat Malaysia.
            Malah ada beberapa isu ilmiah yang sewajarnya diselesaikan di peringkat pengajian di bawa sehingga berlarutan ke Malaysia. Masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu Islam akhirnya turut menjadi mangsa dan diseret ke medan perdebatan yang meretakkan komuniti umat Islam, sedangkan musuh-musuh Islam bergembira melihatkan perpecahan umat Islam dari dalam.
            Sebagai golongan mahasiswa yang intelek, terutamanya yang menuntut di Timur Tengah sewajarnya kita lebih matang dalam membawa sesuatu isu ilmiah untuk dibincangkan di Malaysia. Akibat keghairahan kita ingin menyampaikan semua ilmu yang dipelajari tanpa mengambil kira aspek ‘aulawiyyat, tahap kemampuan masyarakat dan mad’u ; menyebabkan usaha yang berdasarkan niat yang baik mengundang perpecahan.
            Sekiranya dialog dianjurkan sesama Islam dan ahli Kitab, maka sudah tentulah dialog di kalangan cendekiawan dan ulama’ Islam keluaran Timur Tengah ini lebih utama. Kita yakin dengan mengamalkan sikap berlapang dada, bersangka baik, amanah ilmu dan takutkan kemurkaan Allah serta menjaga perpaduan ummah Islamiyyah sebagaimana yang dianjurkan RasuluLLAH; semua isu-isu di kalangan mahasiswa Timur Tengah antaranya pertembungan Salafi-Kholafi, sempadan politik dan identiti mahasiswa Islam dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah.
Saranan Untuk Mahasiswa Timur Tengah
Mahasiswa Timur Tengah bukan sahaja Mesir bahkan di Arab Saudi, Jordan, Sudan , Yaman, Syria perlu bergabung dan bersatu dalam menyuarakan pandangan bersama mereka terhadap isu-isu semasa samada di peringkat mahasiswa, peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Gabungan ini sudah tentu akan memberi impak yang hebat kepada masyarakat Malaysia. Kita juga yakin isu-isu yang diutarakan mahasiswa melalui gabungan ini pasti akan mencelikkan mata rakyat dan membangkitkan mereka dari lena.
Malah mendepani isu semasa dengan cara sebegini lebih bijak sebenarnya. Kelompok mahasiswa Timur Tengah mampu menjadi moderator rasmi rakyat untuk membincangkan isu-isu rakyat terutamanya yang berkait rapat dengan agama Islam. Tambahan rakyat cukup teruja dan yakin dengan kenyataan ustaz dan ustazah keluaran Timur Tengah , maka bagaimana jika suara-suara para ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ ini disatukan. Begitu juga suara golongan profesional di Timur Tengah, khususnya penuntut bidang perubatan sewajarnya disekalikan agar mampu mencelikkan mata golongan intelektual dan profesional di Malaysia.
Antara isu yang sewajarnya diselesaikan di kalangan mahasiswa Timur Tengah adalah seperti isu ‘ Budaya Tafaqquh di kalangan Mahasiswa ‘ , isu ‘ Perkahwinan di Alam Belajar ‘ , isu Salafi dan Kholafi[17]  dan isu – isu seumpamanya yang difikirkan wajar untuk dibincangkan di peringkat mahasiswa.
Mahasiswa Timur Tengah juga disarankan untuk tampil bersama menyuarakan pandangan terhadap isu yang berlaku di dalam negara[18] seperti isu Murtad[19] , isu kezaliman ( akta ISA ) dan penyelewengan harta negara dan wang rakyat , isu kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang kritikal, isu Hedonisme yang semakin melampau , serta keperluan berdakwah kepada Non-Muslim di Malaysia.
Selain itu , di peringkat Antarabangsa mahasiswa Timur Tengah perlu tampil bersuara untuk isu Palestin[20] khususnya , dan juga penindasan terhadap negara dan umat Islam . Selain itu isu yang wajar diketengahkan juga adalah kebencian terhadap dasar luar Amerika dan kekejaman Israel [21]. Malah mahasiswa Timur Tengah perlu menggesa kewujudan kesatuan negara-negara Arab di samping menggesa agar satu gagasan yang menghimpunkan semua ulamak Islam seluruh dunia diwujudkan secara rasmi untuk membincangkan semua isu dan permasalahan umat Islam.

Penutup
            Sedarlah mahasiswa sekalian, dalam mendepani isu semasa pasti ada cabaran yang akan melanda. Namun itulah lumrah dalam berjuang dan menegakkan kebenaran. Ujian dan cabaran inilah menjadi bukti bahawa kebenaran itu sesuatu yang amat bernilai dan tidak boleh dipandang remeh. Semoga kita mampu memikul amanah ini yang telah dimandatkan oleh Allah , Rasul dan seluruh umat Islam. Marilah kita renungi ayat ini sebagai penutup kertas kerja ini