حسبى ربي جل الله ما فى قلبي غير الله
نور محمد صل الله لااله الا الله
ليس لها من دون الله كاشفه
لااله الاالله الملك الحق المبين
محمد رسو ل الله الصا دق الوعد الامين
استغفر الله ان الله كان توابا
PEMANTAPAN DAKWAH DAN SOSIALISASI BELIA.
Oleh :
Us Muhamad Idris bin Haji Derus ( Penceramah Radio Pahang FM )
Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad); Inilah jalanku, aku dan orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan Maha Suci Allah (Daripada segala iktiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”
( Surah Yusuf : 108 )
Pengertian Dakwah oleh Syeikh Ali Mahfuz;
Dakwah dari bahasa Arab ( دعى يدعو دعوة ).Bermaksud; Memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan.
Dari Istilah Syarak pula,Bahawa dakwah kpd Allah itu ialah utk menghidupkan agama-agama dan sesungguhnya tidak akan muncul satu agama drpd agama yg lain dan tidak akan berkembang satu mazhab drpd beberapa mazhab dan tidak akan meluas satu benua drpd benua yg melainkan dengan dakwah.
Sumber Dakwah.
- Al-Quran.
- Hadis Nabi SAW.
- Sejarah umat terdahulu
- Perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia.
Rukun Dakwah.
- Iman
- Ilmu
- Amal
- Zikrullah
- Persaudaraan
1.Iman .
Meliputi 3 perkara;
- Sebutan lidah
- Mengamalkan dgn perbuatan
- Mempercayai dgn sepenuh hati kpd semua rukun iman.
2.Ilmu.
Wajib bagi setiap pendakwah mempunyai ilmu atau pengetahuan yang secukupnya tentang perkara- perkara yang didakwahkan.
3.Amal .
Setiap pendakwah mestilah beramal dengan ilmu yang pelajarinya.
Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya, amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.
( Surah As-Sof : 2-3 )
5.Persaudaraan.
Persaudaraan berdasarkan agama lebih mulia dan terpuji.
Firman Allah bermaksud :
“Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu ( yang bertelagah ) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
( Surah Al-Hujurat : 10 )
Kewajipann Menyampaikan Dakwah.
Firman Allah bermaksud :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara yang mungkar
( Surah ali-Imran : 104 )
Cara Dan Teknik Berdakwah.
Firman Allah bermaksud :
“Serulah manusia ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
( Surah an-Nahl : 125 )
Tiga Teknik Dakwah.
1-Bil Hikmah.( Bijaksana )
2-Al-Mau’izah.( Pelajaran yang baik )
3-Al-Jidal.( Bantahan/Debat )
Sifat-Sifat Pendakwah.
1.Memahami maksud al-Quran dan Hadis Nabi SAW.
2.Beramal dan berilmu.
3.Sabar.
4.Berani kerana benar.
5.Mulia diri dan tidak mengambil harta orang.
6.Sederhana.
7.Kuat Hujjah dan Fasih Lidah.
8.Menguasai bidang Ilmu.
9.Kuat kepercayaan kpd Janji Allah.
Penghalang-Penghalang Dakwah.
1-Syaitan.
Firman Allah bermaksud :
“(Ingatlah) sesiapa yg mengambil Syaithan menjadi pelindung selain drpd Allah, maka
sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang nyata. Syaithan sentiasa menjanjikan
mereka (dgn janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dgn angan-angan
kosong, dan apa yg dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-
mata”. ( Surah An-Nisa” : 119 - 120 )
2.Manusia.
Firman Allah bermaksud :
“Orang-orang Munafiq lelaki dan perempuan sebahgian dengan sebahagian yang lain
adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang membuat yang
makruf ”. ( Surah at-Taubah : 67 )
3.Nafsu.
Firman Allah bermaksud :
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kelahan) . Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Yang Maha Penganpun lagi Maha Penyayang” ( Surah Yusof : 53 )
Antara –Antara Gejala Sosial Yang Melanda Ummat Hari Ini.
1.Bohsia/Bohjan.
2.Hamil luar nikah.
3.Pembuangan Zuriat.
4.Penderaan .
5.Gengsterisme.
6.Rogol.
7.Sumbang Mahran
8.Ketagihan Dadah.
9.Merempit dsbnya.
10.Hiburan yang menggila.
Kehidupan Dunia Hanyalah Suatu Yang Melalaikan.
Firman Allah bermaksud :
Ketahuilah bahawa sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-anak (Surah al-Hadid : 20 )
Bagaimana Nak Membangunkan Akhlak Belia.
1.Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Hati .
☻Sembahyang lima waktu.
☻Puasa
☻Zikrullah
☻Tilawatil Quran
2.Meletakkan diri dalam persekitaran yang soleh .
Firman Allah bermaksud :
“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamananya tumbuh subur dengan izin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur” ( Surah at-’Aaf : 58 )
3.Qudwah Hasanah.
Firman Allah bermaksud :
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu ( iaitu )
bagi orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan ( kedatangan ) Hari Qiamat dan dia
banyak menyebut Allah” ( Surah at-’Ahzab : 21 )
4.Peningkatan Ilmu.
Firman Allah bermaksud :
“Katakanlah lagi (kepadanya) adakah sama orang yg mengetahui dengan orang yang
tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang yang beraqal sempurna” ( Surah az-Zumar : 9 )
PELITA HIDUP
Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri
Demikian hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini
Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti
Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-dua dapat balasan
Secebis Renungan;
Buat apa kaya kalau tidak barakah, buat apa Pintar kalau tidak beriman, buat apa beriman
Kalau tidak berilmu, buat apa berilmu kalau Tidak diamalkan, buat apa amalan kalau
Tidak ikhlas, buat apa segalanya kalau Dakwah Islam tidak dijalankan, pincang dan
Buta tubuh dibuatnya.
No comments:
Post a Comment