Pages

Thursday, June 23, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

Kelebihan lain bulan Rejab: 

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: 
1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: 
1.Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: 

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1. 

Doa Di Bulan Rejab: 

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. 

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. 

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah. 
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya. 

Wednesday, March 16, 2011

Pertandingan Pentomin 2011

pertandingan pentomin akan diadakan pada 1/4/2011 sempena program "malam penghayatan Nabi Muhammad S.A.W." disebabkan itu semua pelajar kolej PSDC,kuantan sahaja yang dibenarkan menyertai.
sebarang pertanyaan boleh hubungi AJK kelab Bina Insan, Nor Azlie (DME 4)- 0145466675

*segala perubahan akan dimaklumkan*

Wednesday, March 9, 2011

bersugi

"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A

Kayu Sugi diperbuat dari akar pokok "Araak"(Salvadora Persica).


Hikmah dan faedah~Membersihkan gigi,lidah dan mulut.
~Melindungi dari kerosakan gigi.
~Menguatkan gusi dan gigi.
~Menghilangkan bau busuk mulut.
~Menambah selera makan.
~Mencerahkan mata.


Diriwayatkan sepotong hadis, solah yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solah yang dikerjakan tanpa bersugi. Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah:

1) membersihkan mulut
2) menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t
3) menyebabkan kemarahan syaitan
4) Allah dan para malaikat mengasihi orang bersugi
5) menguatkan gusi
6) menghilangkan gelema
7) mewangikan mulut
8) menghapuskan safra' (sejenis penyakit)
9) menguatkan pandangan mata
10) menghilangkan bau busuk mulut

Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah sunah Rasulullah s.a.w. (Daripada kitab Munabihat karangan Hafiz Ibnu Hajar).
Para ulama mencatatkan terdapat 70 faedah dalam bersugi, salah satunya ialah dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia sebaliknya terdapat lebih 70 kemudaratan dalam candu atau dadah. Salah satu kemudaratan candu ialah lupa kalimah syahadah ketika hendak meninggal dunia. (Fadhilat Solah susunan Maulana Zakariya).


Adab bersugi

~Niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan ALLAH S.W.T.
~Baca BISMILLAH dan SELAWAT.
~Basuh berus sugi sebelum dan selepas digunakan.


JANGAN!

~Baring semasa bersugi.
~Diletak melintang/berbaring.
~Guna kedua-dua hujung berus.
~Bersugi/simpan kayu sugi di dalam tandas.


Masa

~Sebelum tidur.
~Sebelum solat(amat digalakkan).
~Sebelum dan selepas makan.
~Semasa bermusafir.
~Semasa membaca AL-QURAN.
~Bila mulut berbau.
~Zikrullah.
~Sebelum menghadiri perjumpaan.


Petua
Sakit gigi? Senang sahaja.
Bersugi macam biasa.Bila berus sugi sudah lembut,tekapkan di tempat yang sakit. Urut dan kemam sambil selawat dalam hati.InsyaALLAH akan hilang serta merta.Amalkan selalu,tawakkal, InsyaALLAH sakit gigi akan sembuh.

INFO SAINS-Kandungan Semulajadi
Sodium Chloride,Potassium,Chlorides,Calcium Oxides,Chlorophyll,Sodium Bicarbonate,Flouride,Silica,Sulphur,Tannin dan Vitamin C.

Tahukah Anda?
Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian(Pencegahan),Universiti King Saud,Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak,gusi berdarah,gigi haus dan kesakitan gigi.(Arabnews).

Link Mengenai Topik Bersugi:

Serban itu bagus

Kelebihan Memakai Serban

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Hari ini fakir ingin mengajak saudara untuyk berkongsi sedikit dari KitabAl-Jauharil Mauhub Wa Minbuhatil Qulub bagi Al-Allamah Syaikh Wan Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani HafizahUllah yang terkenal dengan gelaran Syaikh Wan Ali Kutan. Kitab ini hasil terjemah dari kitab 40 bab karangan Hafizul Islam Al-Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuti r.anhu.

pada m/s 62,

Bab yang kedua belas pada menyatakan kelebihan memakai serban. Dan sabda Nabi s.a.w. "Pakai serban olehmu maka bahawasanya malaikat memakai serban mereka itu".

Dan sabda Nabi s.a.w. :

"Menselawat oleh malaikat yakni minta ampun mereka itu atas orang yang memakai serban pada hari jumaat"

Dan sabda nabi s.a.w. :

"Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban"

Kata Al-Imam Munawi r.anhu kerana sembahyang itu masuk ke hadrat raja-raja dengan tiada perhiasan itu menyalahi adab. (pent. kita sembahyang menghadap Allah (Raja sekalian alam) dengan tidak berhias menyalahi adab).

Dan sabda Nabi s.a.w. :

"Pakai serban oleh mu kerana Syaitan tiada memakai serban"

Dan sabda nabi s.a.w. :

"Bahawasanya Allah s.w.t. dan malaikat-Nya menselawat yakni memuliakan dan minta ampun mereka itu atas orang yang memakai serban pada hari jumaat dan sunat bagi Imam memakai serban pada hari jumaat dan sunat bagi Imam melebihi pada membaikkan kelakuannya dan perangainya pada hari jumaat."

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, March 5, 2011

CARTA ORGANISASI KELAB BINA INSAN SESI 2011

Penasihat               : Ust. Mohammad Shahril b. Abd Razak
T. Penasihat           : Cik Noor Hubaida bt. Daud
Presiden                 : Muhammad Aiman b. Md. Sazali
T. Presiden             : Rabiah Aslami b. Mohammad Fauzi
Setiausaha             : Rohani bt Basri
T. Setiausaha         : Syaimaa Athirah bt. Md Salleh
                                : Ifah Zanariah bt. Osman
                                : Asiah bt. Johari
Bendahari               : Muhammad Aminuddin b. Abd. Rahim
T. Bendahari           : Ahmad Samerin b. Azahar
AJK                         : Mohammad Norazli b. Abdullah
                                : Mohd Abdul Wafi b. Mohtar
                                : Ibrahim Al- Rifaie b. Jamaluddin
                                : Mohamed Ramjan b. Kudubudeen
                                : Mohd Al-Hafez b. Khasem


Friday, March 4, 2011

“Tips Menahan Nafsu”

Maka apakah orang-orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang (setan) menjadikan mereka memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya (QS. 47:14) Orang-orang yan mengikuti hawa nafsunya termasuk ahli neraka, dan sebaliknya orang-orang yang pandai menahan hawa nafsu maka dia termasuk ahli surga.


“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. (QS. 79:40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). (QS. 79:41)”
Yang kedua adalah selalu ingat kepada Allah :
“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):”Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS.3:191)”
Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram, dan hawa nafsupun terkendalikan, karena mengetahui resiko dari penggunaan hawa nafsu. “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:28)”
Karena kalau kita lupa mengingat Allah, maka setanpun dengan menunggangi
keinginan dan hawa nafsu kita: “Setan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan.Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan setan itulah golongan yang merugi. (QS. 58:19)”
Yang ketiga adalah selalu mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya :
Hai orang-orang yang beriman bertakwalah Kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (QS. 5:35)
Insya Allah dengan ketiga cara itu maka lambat laun kita dapat mengendalikan hawa nafsu kita. Wallahu a’lamu bishshawab.

HUKUM MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.
Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir(perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).
Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).
Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.
Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadihibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.
Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.
Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).